Saturday, July 25, 2009

Homemade lada kisar (chilli paste)

Kerana dah terbiasa dengan lada kisar buatan tangan Jaddah, tekak aku memang tak berapa boleh terima cili boh/lada kisar yang dibeli di kedai. Atau aku sendiri yang tak pandai nak masak guna cili boh instant kut sebab orang lain masak, rasanya ok saja. Kalau tiada masa sangat (dibaca MALAS), aku beli yang di kedai tapi aku akan kisar semula dengan bawang merah dan bawang putih. Dalam resepi-resepi yang akan datang, aku akan banyak gunakan lada kisar homemade ini. Sebab utama? Tak perlu lagi tumis bawang merah & putih hanya jika perlu sahaja.


Bahan - bahan:
1) Cili kering (sebanyak RM1)
2) 2 biji bawang merah sederhana besar
3) Lebih kurang 20 ulas bawang putih

Cara-cara:
- Buang biji lada kering & basuhkan
- Bersihkan bawang
- Potong bawang merah kecil supaya senang untuk dikisar
- Masukkan sedikit air dan kisar.

No comments:

Post a Comment