Thursday, September 10, 2009

Makaroni mudah.

Bahan-bahan:
1)Makaroni
3)Bawang kuning besar
4)Sos cili
5)Telur

Cara:-
- Panaskan minyak (aku guna butter untuk bagi rasa lemak-lemak pada masakan kali ni)
- Tumis lada kisar sehingga cukup kering (bukan hangit, ok)
- Masukkan bawang, tumis lagi
- Campurkan sos cili & garam
- Masukkan telur
- Setelah telur agak-agak hampir masak, masukkan makaroni yang telah siap direbus dan ditoskan. Gaul dan boleh hidang.


Sementara itu...

Lupa pulak, ada 1-2 resepi yang belum upload..

Tunggu sebentar...

Tak sampai 2 minggu lagi nak habis puasa. Sepanjang puasa malas nak update blog aku yg ini sebab tenaga yang ada agak limited jadi kena guna sebaik mungkin. Lagipun masa memasak yang agak nak cepat jadi malas nak susun bahan-bahan cantik-cantik untuk diambik gambarnya. Lagipun, time puasa ni, senang lagi beli kat bazaar Ramadan. hehe..erti kata yang lain, malas sangat...

InsyaAllah lepas habis puasa dan beraya, blog ni akan ku jenguk semula.

Thursday, July 30, 2009

Bread pudding

Bahan-bahan:
1) 6 keping roti
2) 4 biji telur
3) Kismis secukup rasa (boleh ganti dgn prune/plum cincang)
4) 1 cawan gula aising - gula biasa pun boleh, tapi sukatan lebihkan sikit dan kerja lebih utk pukul sampai hancur.
5) 1 1/4 cawan santan -kalau guna susu kotak, sukatan 2 cawan.


Cara:
- Susun berselang-seli roti & kismis. Pastikan bekas sudah disapu butter atau marjerin.


- Pukul gula, telur dan santan. Jika suka, boleh masukkan serbuk kayu manis & esen vanilla


- Tuang ke dalam bekas berisi roti. Pastikan roti menyerap semua ramuan dan betul2 tenggelam dalam campuran telur, gula& santan.


- Masak selama 45 minit dalam ketuhar bersuhu 175 darjah Celcius.


Wednesday, July 29, 2009

Masak lemak pucuk paku

Bahan-bahan:
1) Sayur pucuk paku
2) Kentang
3) Bawang merah
4) Udang
5) Santan

Cara:
- Bahagi 2 bawang merah
- Sebahagiannya dimayang halus
- Selebihnya ditumbuk/kisar dengan udang
- Masak santan
- Masukkan bahan kisar & bawang yang di mayang
- Masukkan kentang dan garam
- Bila kentang dah mula lembut, campurkan sayur pucuk paku



Sayur campur mudah


Bahan-bahan:
1) Sawi
2) Lobak merah
3) Kobis
4) Bawang putih
5) Udang

Cara:
- Mayang bawang putih
- Tumis bawang & udang
- Masukkan air
- Campur garam
- Bila air dah mendidih, masukkan lobak, kobis & sawi

Saturday, July 25, 2009

Sawi tumis air.


1) Sawi
2) Ikan bilis
3) Bawang merah
4) Bawang putih
5) Telur

Cara-cara:
- Mayang bawang merah & bawang putih
- Bersihkan ikan bilis.
- Panaskan minyak dan tumis ikan bilis dan bawang
- Letak garam secukup rasa
- Masukkan air sebanyak yang kita suka
- Campurkan telur dan gaul supaya telur hancur
- Bila air dah menggelegak, masukkan sawi.
- Siap dan boleh hidang.


Homemade lada kisar (chilli paste)

Kerana dah terbiasa dengan lada kisar buatan tangan Jaddah, tekak aku memang tak berapa boleh terima cili boh/lada kisar yang dibeli di kedai. Atau aku sendiri yang tak pandai nak masak guna cili boh instant kut sebab orang lain masak, rasanya ok saja. Kalau tiada masa sangat (dibaca MALAS), aku beli yang di kedai tapi aku akan kisar semula dengan bawang merah dan bawang putih. Dalam resepi-resepi yang akan datang, aku akan banyak gunakan lada kisar homemade ini. Sebab utama? Tak perlu lagi tumis bawang merah & putih hanya jika perlu sahaja.


Bahan - bahan:
1) Cili kering (sebanyak RM1)
2) 2 biji bawang merah sederhana besar
3) Lebih kurang 20 ulas bawang putih

Cara-cara:
- Buang biji lada kering & basuhkan
- Bersihkan bawang
- Potong bawang merah kecil supaya senang untuk dikisar
- Masukkan sedikit air dan kisar.

Thursday, July 16, 2009

Ayam Marinate Lemon & Sos Tiram

Resepi pertama untuk rekod aku.

Bahan-bahan :
1) Ayam
2) Bawang holland

Untuk marinate :
3) Sos tiram
4) Olive oil
5) Perahan lemon


Cara :
- Marinate ayam dengan sos tiram, black pepper (kalau nak rasa sedikit pedas) & olive oil.
- Gaul dengan perahan lemon ikut rasa, kalau nak masam, banyakkan lagi perahan lemon tu.
- Kemudian biarkan at least satu jam.
- Dalam bekas untuk membakar, hirisan bawang diaturkan berlapis.
- Selepas cukup masa, susun ayam di atas bawang dan tambah sedikit olive oil supaya ayam tidak masak terlalu kering.
- Bakar 150 darjah Celcius untuk 45 minit.


Siap! Sedap dimakan dengan nasi panas atau nasi ayam.

Wednesday, July 15, 2009

Muqaddimah

Aku yang suka memasak, tapi suka resepi short-cut. Macam-macam resepi aku reka sendiri dan tak kurang aku short-cutkan dari resepi asal. Kalau tak di tulis, dah tentu lupa. Jadi keputusan di ambil, aku blog kan resepi-resepi yang tak seberapa. (Memang le tak seberapa kalau ada 5 bahan ajer). Selain untuk rekod sendiri, boleh juga untuk rujukan siapa-siapa yang tak cukup masa (a.k.a. malas) macam aku.