Showing posts with label mudah. Show all posts
Showing posts with label mudah. Show all posts

Thursday, September 10, 2009

Makaroni mudah.

Bahan-bahan:
1)Makaroni
3)Bawang kuning besar
4)Sos cili
5)Telur

Cara:-
- Panaskan minyak (aku guna butter untuk bagi rasa lemak-lemak pada masakan kali ni)
- Tumis lada kisar sehingga cukup kering (bukan hangit, ok)
- Masukkan bawang, tumis lagi
- Campurkan sos cili & garam
- Masukkan telur
- Setelah telur agak-agak hampir masak, masukkan makaroni yang telah siap direbus dan ditoskan. Gaul dan boleh hidang.


Thursday, July 30, 2009

Bread pudding

Bahan-bahan:
1) 6 keping roti
2) 4 biji telur
3) Kismis secukup rasa (boleh ganti dgn prune/plum cincang)
4) 1 cawan gula aising - gula biasa pun boleh, tapi sukatan lebihkan sikit dan kerja lebih utk pukul sampai hancur.
5) 1 1/4 cawan santan -kalau guna susu kotak, sukatan 2 cawan.


Cara:
- Susun berselang-seli roti & kismis. Pastikan bekas sudah disapu butter atau marjerin.


- Pukul gula, telur dan santan. Jika suka, boleh masukkan serbuk kayu manis & esen vanilla


- Tuang ke dalam bekas berisi roti. Pastikan roti menyerap semua ramuan dan betul2 tenggelam dalam campuran telur, gula& santan.


- Masak selama 45 minit dalam ketuhar bersuhu 175 darjah Celcius.


Wednesday, July 29, 2009

Sayur campur mudah


Bahan-bahan:
1) Sawi
2) Lobak merah
3) Kobis
4) Bawang putih
5) Udang

Cara:
- Mayang bawang putih
- Tumis bawang & udang
- Masukkan air
- Campur garam
- Bila air dah mendidih, masukkan lobak, kobis & sawi

Saturday, July 25, 2009

Sawi tumis air.


1) Sawi
2) Ikan bilis
3) Bawang merah
4) Bawang putih
5) Telur

Cara-cara:
- Mayang bawang merah & bawang putih
- Bersihkan ikan bilis.
- Panaskan minyak dan tumis ikan bilis dan bawang
- Letak garam secukup rasa
- Masukkan air sebanyak yang kita suka
- Campurkan telur dan gaul supaya telur hancur
- Bila air dah menggelegak, masukkan sawi.
- Siap dan boleh hidang.


Homemade lada kisar (chilli paste)

Kerana dah terbiasa dengan lada kisar buatan tangan Jaddah, tekak aku memang tak berapa boleh terima cili boh/lada kisar yang dibeli di kedai. Atau aku sendiri yang tak pandai nak masak guna cili boh instant kut sebab orang lain masak, rasanya ok saja. Kalau tiada masa sangat (dibaca MALAS), aku beli yang di kedai tapi aku akan kisar semula dengan bawang merah dan bawang putih. Dalam resepi-resepi yang akan datang, aku akan banyak gunakan lada kisar homemade ini. Sebab utama? Tak perlu lagi tumis bawang merah & putih hanya jika perlu sahaja.


Bahan - bahan:
1) Cili kering (sebanyak RM1)
2) 2 biji bawang merah sederhana besar
3) Lebih kurang 20 ulas bawang putih

Cara-cara:
- Buang biji lada kering & basuhkan
- Bersihkan bawang
- Potong bawang merah kecil supaya senang untuk dikisar
- Masukkan sedikit air dan kisar.