Saturday, July 25, 2009

Homemade lada kisar (chilli paste)

Kerana dah terbiasa dengan lada kisar buatan tangan Jaddah, tekak aku memang tak berapa boleh terima cili boh/lada kisar yang dibeli di kedai. Atau aku sendiri yang tak pandai nak masak guna cili boh instant kut sebab orang lain masak, rasanya ok saja. Kalau tiada masa sangat (dibaca MALAS), aku beli yang di kedai tapi aku akan kisar semula dengan bawang merah dan bawang putih. Dalam resepi-resepi yang akan datang, aku akan banyak gunakan lada kisar homemade ini. Sebab utama? Tak perlu lagi tumis bawang merah & putih hanya jika perlu sahaja.


Bahan - bahan:
1) Cili kering (sebanyak RM1)
2) 2 biji bawang merah sederhana besar
3) Lebih kurang 20 ulas bawang putih

Cara-cara:
- Buang biji lada kering & basuhkan
- Bersihkan bawang
- Potong bawang merah kecil supaya senang untuk dikisar
- Masukkan sedikit air dan kisar.

Thursday, July 16, 2009

Ayam Marinate Lemon & Sos Tiram

Resepi pertama untuk rekod aku.

Bahan-bahan :
1) Ayam
2) Bawang holland

Untuk marinate :
3) Sos tiram
4) Olive oil
5) Perahan lemon


Cara :
- Marinate ayam dengan sos tiram, black pepper (kalau nak rasa sedikit pedas) & olive oil.
- Gaul dengan perahan lemon ikut rasa, kalau nak masam, banyakkan lagi perahan lemon tu.
- Kemudian biarkan at least satu jam.
- Dalam bekas untuk membakar, hirisan bawang diaturkan berlapis.
- Selepas cukup masa, susun ayam di atas bawang dan tambah sedikit olive oil supaya ayam tidak masak terlalu kering.
- Bakar 150 darjah Celcius untuk 45 minit.


Siap! Sedap dimakan dengan nasi panas atau nasi ayam.

Wednesday, July 15, 2009

Muqaddimah

Aku yang suka memasak, tapi suka resepi short-cut. Macam-macam resepi aku reka sendiri dan tak kurang aku short-cutkan dari resepi asal. Kalau tak di tulis, dah tentu lupa. Jadi keputusan di ambil, aku blog kan resepi-resepi yang tak seberapa. (Memang le tak seberapa kalau ada 5 bahan ajer). Selain untuk rekod sendiri, boleh juga untuk rujukan siapa-siapa yang tak cukup masa (a.k.a. malas) macam aku.